banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

            Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1999. Pada permulaan sesi persekolahan, bangunan ini belum siap sepenuhnya. Hanya Blok A dan B sahaja yang digunakan untuk tujuan pembelajaran. Selepas bulan April 1999, barulah bangunan ini siap sepenuhnya.

            Guru besar yang pertama menerajui sekolah ini ialah Tn. Hj. Mohd Hussein b. Ahmad dengan dibantu oleh En. Abd. Rahim b. Ahmad ( GPK Pentadbiran ), En. Anuar b. Jaafar ( GPK HEM ) dan En. Yem Kim Pok ( GPK Kokurikulum ). Bilangan guru adalah seramai 31 orang dan 4 orang staf sokongan.

            Pelajar awal sekolah ini adalah seramai 750 orang dengan 18 aliran terdiri daripada gabungan 3 buah sekolah iaitu SK Convent Infant Jesus Ayer Salak, SK Bukit Rambai, dan SK Kampung Gelam. Dengan pembukaan sekolah ini, SK Convent Infant Jesus Ayer Salak terpaksa ditutup dan kesemua pelajarnya dipindahkan ke SK Taman Bukit Rambai.



 MATLAMAT SEKOLAH

1.      Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
2.      Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan, berwawasan dan dapat diterima oleh masyarakat.
3.      Melahirkan guru-guru yang dinamik, cekap dan menyayangi para pelajar.
4.      Menjalinkan hubungan yang mesra dengan semua pihak yang berurusan dan berkepentingan.


GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT 
DI SKTBR

Tn. Hj. Hussein Ahmad
( 01.01.1999  -  18.08.2000 )

En. Hamzah b Rahmad
( 20.08.2000  - 15.12.2000 )

Pn. Hjh. Zahariah bt Md. Dahlan
( 01.01.2001  -  31.05.2001 )

En. Baba b Hj. Ya`acob
( 01.07.2001  -  01.03.2008 )

Pn. Hjh. Kamariah bt Abdul Rahim
( 16.03.2008  -  sekarang )


GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SKTBR

En. Abd. Rahim b. Ahmad
( 01.01.1999  -  31.12.2001 )

En. Anuar b. Jaffar
( 01.01.2002  -  31.08.2002 )

En. Aziz b. Ahmad
( 01.09.2002  -  30.11.2003 )

Pn. Hjh. Jaliah bt. Sabtu
( 01. 12. 2003  -  28. 02. 2007 )

Pn. Hjh. Hasnas bt. Mat Arip
( 01. 12. 2008  -  14. 03. 2010 )

Pn. Azni bt. Ab. Rahman )
( 01. 01. 2010  -  SEKARANG )








No comments:

Post a Comment