banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Tuesday 15 July 2014

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Selamat menghadapi Peperiksaan Percubaan UPSR pada minggu hadapan dan diharapkan murid-murid tahun 6 akan menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan CEMERLANG...


Monday 14 July 2014

SOLAT HAJAT PERDANA

Kepada warga SKTBR dan murid Tahun 6 akan mengadakan SOLAT HAJAT PERDANA bagi tahun 6 pada khamis ini bersamaan 17 JULAI 2014. Berkumpul di Sekolah pada pukul 6 Petang. Antara aktiviti yg dijalankan adalah MAJLIS BERBUKA PUASA , SOLAT TARAWIH DAN SOLAT HAJAT. Ibubapa murid tahun 6 dijemput hadir.

Monday 14 January 2013

SELAMAT BERTUGAS WARGA SKTBR

27 DISEMBER 2013 (KHAMIS)

MESYUARAT KALI PERTAMA

- Semoga datang dengan azam baru...  janji2 baru...  dan terima murid baru, jadual baru, buku rekod baru dengan hati yang ikhlas..INSYAALLAH hasil yang lumayan... AMIN.   

- selamat datang kepada guru-guru yang baru mendaftar ( semoga tabah menghadapi liku2 hidup di SKTBR) - penuh pengalaman menarik, suasana kerja yang ceria, pentadbir yang berwibawa, warga SKTBR yang berhati waja,  hati senang, kerja seronok.



 27 DESEMBER  2013 (JUMAAT)

ORIENTASI MURID-MURID TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH

Sunday 10 June 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

TEMA : “GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA” 

 Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU

logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.
Link Lagu Tema Hari Guru : http://cikgushamsudin.blogspot.com/2012/05/lagu-tema-hari-guru-2012-guru-inovatif.html

Wednesday 28 March 2012

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Pada 27 MAC 2012,  Pendidikan Khas Peringkat Zon Tanjung Melaka Tengah telah mengadakan satu program iaitu MAJLIS TILAWAH AL-QURAN bagi murid-murid pendidikan khas.

Program seumpama ini diadakan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat, mempertingkatkan pengetahuan dan keyakinan pelajar berkeperluan khas di samping dapat memupuk nilai-nilai murni secara individu mahupun berpasukan.

Antara acara yang diadakan ialah pertandingan Azan, Bercerita, Hafazan, Tilawah, Tulisan Khat dan Nasyid. Acara pertandingan bermula jam 8.00 dan berakhir pada jam 1.00 tengahari bertempat di Kantin Sekolah SK. Taman Bukit Rambai. Para peserta adalah wakil daripada 18 buah sekolah iaitu:
1)   SK Taman Bukit Rambai
2)   SK Pantai Kundur
3)   SK Kem Gerak Khas
4)   SK Bukit Rambai
5)   SMK Bukit Rambai
6)   SK Tangga Batu
7)   SK Cheng
8)   SK Malim
9)   SK Lereh
10) SK Limbongan
11) SK Kg Gelam
12) SMK Kg Gelam
13) SK Tanjung Minyak
14) SMK Tun Haji Abdul Malek
15) SMK Seri Tanjong
16) SK Paya Rumput
17) SMK Klebang Besar
18) SMK Malim

KURSUS HP CLASSROOM MANAGER

SELAMAT BERKURSUS- 26  -  28 MARCH 2012
Seramai 9 orang guru telah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Syarikat Smart Mutiara, iaitu pembekal ICT dengan kaedah HP Multiseat ke makmal komputer. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf sekolah tentang penggunaan komputer dengan menggunakan HP Multiseat. Kursus ini adalah tindakan susulan daripada penghantaran 41 buah komputer baru ke makmal komputer bagi penggantian komputer lama.

Apa yang menarik ialah peserta kursus begitu teruja dengan kecanggihan penggunaan komputer yang dapat menarik minat guru untuk mengajar dengan berbantukan komputer. Apatah lagi murid, sudah tentu akan lebih seronok belajar dan ini akan menjadikan P&P adalah lebih mencabar dan menarik.

Wednesday 21 March 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012


LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012



Pada 2 Mac 2012 sehingga 4 Mac 2012, Unit Kokurikulum SK Taman Bukit Rambai telah menganjurkan satu program perkhemahan unit-unit beruniform sekolah bagi murid-murid Tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6 bertempat di Tapak Perkhemahan Pusat Kurikulum Naning, Alor Gajah. Seramai 120 orang peserta daripada 5 pasukan Unit Beruniform sekolah telah berjaya menamatkan perkhemahan tersebut. Unit beruniform sekolah terdiri daripada Persatuan Pengakap, Persatuan Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam dan TKRS. Antara program-program yang dijalankan sepanjang aktiviti perkhemahan adalah seperti berikut:

HARI PERTAMA : JUMAAT,  2 MAC  2012.

1.         Pendaftaran Peserta/ Bertolak Ke Tapak Perkhemahan.
Pendaftaran peserta telah bermula pada jam 2.00 petang ( Jumaat ) di mana semua peserta berkumpul di Tapak Perhimpunan SKTBR bersama-sama dengan penyelaras setiap unit beruniform. Tepat jam 3.00 petang, semua peserta menaiki bas untuk ke tapak perkhemahan. Perjalanan ke tapak perkhemahan itu mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sebaik saja sampai, semua peserta menurunkan barang-barang keperluan dan peralatan masing-masing.

2.         Taklimat Program / Dirikan Khemah.
Pada jam 3.50 petang, semua peserta berkumpul di dewan sambil mendengar taklimat program yang disampaikan oleh Penyelia Pusat Kokurikulum Naning, En. Mohd Noor bin Al Amin. Selepas sesi soal jawab dan taklimat program, semua peserta mendirikan khemah masing-masing di mana sebuah khemah terdiri daripada 3 orang peserta. Apabila khemah siap didirikan, semua peserta diberi minum petang dan bersiap sedia untuk solat asar.

3.         Pecah Bendung / Dinamika Kumpulan.
Selepas makan malam, tepat jam 9.00 malam semua peserta berkumpul untuk aktiviti Pecah Bendungan. Aktiviti Pecah Bendungan merupakan program pertama yang dijalankan sepanjang aktiviti perkhemahan. Sewaktu aktiviti ini dijalankan, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil berdasarkan bulan kelahiran.. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu logo untuk kumpulan masing-masing. Aktiviti ini berakhir dengan pembentangan daripada setiap kumpulan.

HARI KEDUA : SABTU, 3 MAC 2012

4.         Solat Dan Kuliah Subuh.
Seawal jam 5.00 pagi semua peserta akan dikejutkan  untuk solat subuh berjemaah dan mendengar kuliah subuh yang disampai oleh ustaz yang bertugas.

5.         Senamrobik.
Selepas mengemaskan khemah, semua peserta berkumpul untuk aktiviti pagi. Acara senamrobik yang dikendalikan oleh Cikgu Norharwani telah berjaya memeriahkan suasana pagi itu. Peserta juga dilatih untuk pertandingan kawad kaki. Selepas sarapan pagi, peserta berkumpul semula bagi memulakan aktiviti secara berkumpulan.

6.         Aktiviti 'Lowrope'.
Aktiviti Lowrope dijalankan di suatu kawasan yang telah disediakan oleh fasilitator. Aktivit ini melibatkan imbangan badan murid-murid di atas tali. Pelbagai jenis ‘lowrope’ yang disediakan.

7.         Aktiviti ‘CompasMarching’.
Aktiviti ini dimulai dengan pengenalan kepada penggunaan kompas dengan betul. Selepas murid memahami cara yang betul, aktiviti pertandingan ‘compas marching’ antara kumpulan dijalankan di sekitar kawasan perkhemahan.

8.         Aktiviti ‘Jungle Tracking.’
Aktiviti dimulai dengan taklimat keselamatan semasa di dalam hutan. Peserta dipandu oleh fasilitator ke dalam hutan. Penerangan diberikan di setiap stesen. Contoh aktiviti di stesen tersebut ialah pengenalan kepada tumbuh-tumbuhan hutan, haiwan, serangga dan bunyi-bunyi yang terdapat di hutan. Terdapat juga cara-cara menghadapi kecemasan ketika di dalam hutan. Pertandingan menghias ketua kumpulan dengan menggunakan tumbuhan di hutan.

9.         Aktiviti Masakan Rimba.
Aktiviti masakan rimba ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pengalaman kepadapara peserta bagaimana hendak berdikari jika berada di dalam hutan. Para peserta yang terpilih dikehendaki memasak roti, telor dan menyediakan minuman teh. Dalam aktiviti ini, para peserta diajar membakar roti dengan cara melilit adunan tepung gandum pada sebatang kayu dan kemudiannya dibakar di atas api.

10.       Aktiviti Malam Kebudayaan.
Malam kebudayaan merupakan aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh para peserta. Pada malam tersebut, Pasukan Puteri Islam telah menjuarai pertandingan.

HARI KETIGA : AHAD, 4 MAC 2012

11.       Aktiviti Pertandingan Kawad Kaki.
Pertandingan Kawad Kaki telah dihakimi oleh Cikgu Tn. Hj. Samad bin Buang. Pasukan yang memenangi tempat pertama ialah Persatuan Puteri Islam.

12.       Menurunkan Khemah.
Sebelum majlis penutup, para peserta setiap unit dikehendaki untuk membuka dan membersihkan kawasan khemah masing-masing bagi persiapan untuk pulang.

13.       Majlis Penutup.
Tepat jam 10.45 pagi, Majlis Penutup Perkhemahan Unit-Unit Beruniform SK Taman Bukit Rambai dimulakan. Majlis Penutup ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTBR iaitu En. Razali bin Johari. Sesi pengumuman para pemenang yang telah menyertai beberapa pertandingan juga diumumkan dalam majlis ini berserta dengan penyampaian sijil penyertaan. Majlis tamat pada jam 12.00 tengah hari. Pada jam 12.30 tengah hari semua peserta perkhemahan pulang ke sekolah semula