banner

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

Wednesday, 21 March 2012

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012


LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2012



Pada 2 Mac 2012 sehingga 4 Mac 2012, Unit Kokurikulum SK Taman Bukit Rambai telah menganjurkan satu program perkhemahan unit-unit beruniform sekolah bagi murid-murid Tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6 bertempat di Tapak Perkhemahan Pusat Kurikulum Naning, Alor Gajah. Seramai 120 orang peserta daripada 5 pasukan Unit Beruniform sekolah telah berjaya menamatkan perkhemahan tersebut. Unit beruniform sekolah terdiri daripada Persatuan Pengakap, Persatuan Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam dan TKRS. Antara program-program yang dijalankan sepanjang aktiviti perkhemahan adalah seperti berikut:

HARI PERTAMA : JUMAAT,  2 MAC  2012.

1.         Pendaftaran Peserta/ Bertolak Ke Tapak Perkhemahan.
Pendaftaran peserta telah bermula pada jam 2.00 petang ( Jumaat ) di mana semua peserta berkumpul di Tapak Perhimpunan SKTBR bersama-sama dengan penyelaras setiap unit beruniform. Tepat jam 3.00 petang, semua peserta menaiki bas untuk ke tapak perkhemahan. Perjalanan ke tapak perkhemahan itu mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sebaik saja sampai, semua peserta menurunkan barang-barang keperluan dan peralatan masing-masing.

2.         Taklimat Program / Dirikan Khemah.
Pada jam 3.50 petang, semua peserta berkumpul di dewan sambil mendengar taklimat program yang disampaikan oleh Penyelia Pusat Kokurikulum Naning, En. Mohd Noor bin Al Amin. Selepas sesi soal jawab dan taklimat program, semua peserta mendirikan khemah masing-masing di mana sebuah khemah terdiri daripada 3 orang peserta. Apabila khemah siap didirikan, semua peserta diberi minum petang dan bersiap sedia untuk solat asar.

3.         Pecah Bendung / Dinamika Kumpulan.
Selepas makan malam, tepat jam 9.00 malam semua peserta berkumpul untuk aktiviti Pecah Bendungan. Aktiviti Pecah Bendungan merupakan program pertama yang dijalankan sepanjang aktiviti perkhemahan. Sewaktu aktiviti ini dijalankan, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil berdasarkan bulan kelahiran.. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu logo untuk kumpulan masing-masing. Aktiviti ini berakhir dengan pembentangan daripada setiap kumpulan.

HARI KEDUA : SABTU, 3 MAC 2012

4.         Solat Dan Kuliah Subuh.
Seawal jam 5.00 pagi semua peserta akan dikejutkan  untuk solat subuh berjemaah dan mendengar kuliah subuh yang disampai oleh ustaz yang bertugas.

5.         Senamrobik.
Selepas mengemaskan khemah, semua peserta berkumpul untuk aktiviti pagi. Acara senamrobik yang dikendalikan oleh Cikgu Norharwani telah berjaya memeriahkan suasana pagi itu. Peserta juga dilatih untuk pertandingan kawad kaki. Selepas sarapan pagi, peserta berkumpul semula bagi memulakan aktiviti secara berkumpulan.

6.         Aktiviti 'Lowrope'.
Aktiviti Lowrope dijalankan di suatu kawasan yang telah disediakan oleh fasilitator. Aktivit ini melibatkan imbangan badan murid-murid di atas tali. Pelbagai jenis ‘lowrope’ yang disediakan.

7.         Aktiviti ‘CompasMarching’.
Aktiviti ini dimulai dengan pengenalan kepada penggunaan kompas dengan betul. Selepas murid memahami cara yang betul, aktiviti pertandingan ‘compas marching’ antara kumpulan dijalankan di sekitar kawasan perkhemahan.

8.         Aktiviti ‘Jungle Tracking.’
Aktiviti dimulai dengan taklimat keselamatan semasa di dalam hutan. Peserta dipandu oleh fasilitator ke dalam hutan. Penerangan diberikan di setiap stesen. Contoh aktiviti di stesen tersebut ialah pengenalan kepada tumbuh-tumbuhan hutan, haiwan, serangga dan bunyi-bunyi yang terdapat di hutan. Terdapat juga cara-cara menghadapi kecemasan ketika di dalam hutan. Pertandingan menghias ketua kumpulan dengan menggunakan tumbuhan di hutan.

9.         Aktiviti Masakan Rimba.
Aktiviti masakan rimba ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pengalaman kepadapara peserta bagaimana hendak berdikari jika berada di dalam hutan. Para peserta yang terpilih dikehendaki memasak roti, telor dan menyediakan minuman teh. Dalam aktiviti ini, para peserta diajar membakar roti dengan cara melilit adunan tepung gandum pada sebatang kayu dan kemudiannya dibakar di atas api.

10.       Aktiviti Malam Kebudayaan.
Malam kebudayaan merupakan aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh para peserta. Pada malam tersebut, Pasukan Puteri Islam telah menjuarai pertandingan.

HARI KETIGA : AHAD, 4 MAC 2012

11.       Aktiviti Pertandingan Kawad Kaki.
Pertandingan Kawad Kaki telah dihakimi oleh Cikgu Tn. Hj. Samad bin Buang. Pasukan yang memenangi tempat pertama ialah Persatuan Puteri Islam.

12.       Menurunkan Khemah.
Sebelum majlis penutup, para peserta setiap unit dikehendaki untuk membuka dan membersihkan kawasan khemah masing-masing bagi persiapan untuk pulang.

13.       Majlis Penutup.
Tepat jam 10.45 pagi, Majlis Penutup Perkhemahan Unit-Unit Beruniform SK Taman Bukit Rambai dimulakan. Majlis Penutup ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTBR iaitu En. Razali bin Johari. Sesi pengumuman para pemenang yang telah menyertai beberapa pertandingan juga diumumkan dalam majlis ini berserta dengan penyampaian sijil penyertaan. Majlis tamat pada jam 12.00 tengah hari. Pada jam 12.30 tengah hari semua peserta perkhemahan pulang ke sekolah semula
  





No comments:

Post a Comment