HARI PERTAMA : JUMAAT, 2 MAC
2012.
1. Pendaftaran
Peserta/ Bertolak Ke Tapak Perkhemahan.
Pendaftaran peserta telah bermula
pada jam 2.00 petang ( Jumaat ) di mana semua peserta berkumpul di Tapak
Perhimpunan SKTBR bersama-sama dengan penyelaras setiap unit beruniform. Tepat
jam 3.00 petang, semua peserta menaiki bas untuk ke tapak perkhemahan.
Perjalanan ke tapak perkhemahan itu mengambil masa lebih kurang setengah jam.
Sebaik saja sampai, semua peserta menurunkan barang-barang keperluan dan
peralatan masing-masing.
2. Taklimat
Program / Dirikan Khemah.
Pada jam 3.50 petang, semua peserta
berkumpul di dewan sambil mendengar taklimat program yang disampaikan oleh
Penyelia Pusat Kokurikulum Naning, En. Mohd Noor bin Al Amin. Selepas sesi soal
jawab dan taklimat program, semua peserta mendirikan khemah masing-masing di
mana sebuah khemah terdiri daripada 3 orang peserta. Apabila khemah siap
didirikan, semua peserta diberi minum petang dan bersiap sedia untuk solat
asar.
3. Pecah
Bendung / Dinamika Kumpulan.
Selepas makan malam, tepat jam 9.00
malam semua peserta berkumpul untuk aktiviti Pecah Bendungan. Aktiviti Pecah
Bendungan merupakan program pertama yang dijalankan sepanjang aktiviti
perkhemahan. Sewaktu aktiviti ini dijalankan, murid-murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil berdasarkan bulan kelahiran.. Setiap kumpulan
dikehendaki mencipta satu logo untuk kumpulan masing-masing. Aktiviti ini
berakhir dengan pembentangan daripada setiap kumpulan.
HARI KEDUA : SABTU, 3 MAC 2012
4. Solat
Dan Kuliah Subuh.
Seawal jam 5.00 pagi semua peserta
akan dikejutkan untuk solat subuh
berjemaah dan mendengar kuliah subuh yang disampai oleh ustaz yang bertugas.
5. Senamrobik.
Selepas mengemaskan khemah, semua
peserta berkumpul untuk aktiviti pagi. Acara senamrobik yang dikendalikan oleh
Cikgu Norharwani telah berjaya memeriahkan suasana pagi itu. Peserta juga
dilatih untuk pertandingan kawad kaki. Selepas sarapan pagi, peserta berkumpul
semula bagi memulakan aktiviti secara berkumpulan.
6. Aktiviti
'Lowrope'.
Aktiviti Lowrope dijalankan di suatu
kawasan yang telah disediakan oleh fasilitator. Aktivit ini melibatkan imbangan
badan murid-murid di atas tali. Pelbagai jenis ‘lowrope’ yang disediakan.
7. Aktiviti
‘CompasMarching’.
Aktiviti ini dimulai dengan
pengenalan kepada penggunaan kompas dengan betul. Selepas murid memahami cara
yang betul, aktiviti pertandingan ‘compas marching’ antara kumpulan dijalankan
di sekitar kawasan perkhemahan.
8. Aktiviti
‘Jungle Tracking.’
Aktiviti dimulai dengan taklimat
keselamatan semasa di dalam hutan. Peserta dipandu oleh fasilitator ke dalam
hutan. Penerangan diberikan di setiap stesen. Contoh aktiviti di stesen tersebut
ialah pengenalan kepada tumbuh-tumbuhan hutan, haiwan, serangga dan bunyi-bunyi
yang terdapat di hutan. Terdapat juga cara-cara menghadapi kecemasan ketika di
dalam hutan. Pertandingan menghias ketua kumpulan dengan menggunakan tumbuhan
di hutan.
9. Aktiviti
Masakan Rimba.
Aktiviti masakan rimba ini
dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pengalaman kepadapara peserta
bagaimana hendak berdikari jika berada di dalam hutan. Para peserta yang
terpilih dikehendaki memasak roti, telor dan menyediakan minuman teh. Dalam
aktiviti ini, para peserta diajar membakar roti dengan cara melilit adunan
tepung gandum pada sebatang kayu dan kemudiannya dibakar di atas api.
10. Aktiviti
Malam Kebudayaan.
Malam kebudayaan merupakan aktiviti
yang paling dinanti-nantikan oleh para peserta. Pada malam tersebut, Pasukan
Puteri Islam telah menjuarai pertandingan.
HARI KETIGA : AHAD, 4 MAC 2012
11. Aktiviti
Pertandingan Kawad Kaki.
Pertandingan Kawad Kaki telah
dihakimi oleh Cikgu Tn. Hj. Samad bin Buang. Pasukan yang memenangi tempat
pertama ialah Persatuan Puteri Islam.
12. Menurunkan
Khemah.
Sebelum majlis penutup, para peserta
setiap unit dikehendaki untuk membuka dan membersihkan kawasan khemah
masing-masing bagi persiapan untuk pulang.
13. Majlis
Penutup.
Tepat jam 10.45 pagi, Majlis Penutup
Perkhemahan Unit-Unit Beruniform SK Taman Bukit Rambai dimulakan. Majlis Penutup
ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTBR iaitu En. Razali bin Johari. Sesi pengumuman
para pemenang yang telah menyertai beberapa pertandingan juga diumumkan dalam
majlis ini berserta dengan penyampaian sijil penyertaan. Majlis tamat pada jam
12.00 tengah hari. Pada jam 12.30 tengah hari semua peserta perkhemahan pulang
ke sekolah semula