Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 14 telah diadakan pada 4
Februari 2012 (Sabtu) bertempat di Kantin SKTBR mulai jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari. Majlis telah dirasmikan oleh
YB. Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron ( DMSM, DSM, DCSM ), Ahli Parlimen Kawasan Tangga Batu.Terima kasih Datuk, di atas sumbangan yang diberikan.
Pemilihan AJK baru telah berjalan dengan lancar. SKTBR
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK lama yang kekal di mana penerajunya ialah YPD
En. Razali bin Johari. Jutaan tahniah kerana telah berjaya menerajui PIBG SKTBR selama
3 penggal (2007 - 2012). Semoga SKTBR bertambah cemerlang
dengan kerjasama dan sokongan PIBG.
No comments:
Post a Comment